caspercrazee78

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Bermakna.."

Thursday, July 4, 2013

Cerita Si 'Lone Ranger' - Part 1

Ini cerita si Lone Ranger
Dulu-dulu dialah si Lone Ranger
Kemana-mana dia sendiri
Tanpa ada kawan di sisi menemani
Beberapa tahun kemudian si Lone Ranger sudah pandai berkawan-kawan
Ke mana-mana selalu berkawan
Panggilan 'Lone Ranger' berkubur dengan sendirinya
Kini..
Mungkin si 'Lone Ranger' akan menjadi Lone Ranger semula
(Kenapa?)
Dia nekad memulaukan diri dari kawan-kawan
Membisu
Memekakkan telinga
Membutakan mata
(Kenapa?)
Dia marah
Marah bila seolah-olah dikata mengungkit dalam memberi bantuan
Dan kemarahan dia akhirnya membakar diri sendiri
Seperti api
Tapi itu pilihannya..
(Kenapa?)
Dia tau, api yang membakarnya akan menjadikan dia abu
Abu yang tidak bermakna
Yang terbang bila ditiup angin

Aku masih di sini (Part 1)

Aku masih di sini..
Masih mencari-cari arah ke mana hidup ini
Meskipun aku tau yang hidup akan mati akhirnya
Menuju kepada Maha Pencipta
Tapi kenapa jasad ini masih liat
Untuk menunaikan segala perintah-Nya..?
Sedang mulut berulang kali mengakui
"Tiada Tuhan Melainkan Allah"
Aku masih di sini..
Masih sibuk memikirkan hal-hal duniawi
Yang entah di mana penghujungnya
Apakah aku akan kekal menghabiskan sisa-sisa hidup sebegini?
Tanpa bekalan yang cukup untuk ke Padang Masyar
Terjawabkah aku soalan-soalan di Alam Barzakh nanti?
Aku masih di sini..
Masih bingung bagaimana kehidupan di hati mendepan
Tapi, masih adakah hari esok untuk aku?
Kerana mati tidak mengenal usia muda atau tua
Bersediakah aku menghadapi kematian itu?
Yang kedatangannya tidak akan lambat atau pun cepat walau sesaat
Aku masih di sini..

Hati Yang MARAH

Saya marah, bukan merajuk

Marah kerana kau terlanjur berkata-kata

Mungkin kata-katau itu kau cuma kau anggap gurauan

Tapi bagi saya, gurauan itu melampau

Kau selalu berkata kau anggap saya sebagai seorang kawan

Kalau betul seperti apa yang kau anggap

Kau pasti mengerti

Dalam berkawan,

Duit bukan satu ukuran pada saya

Kalau pertolongan yang saya beri

Kau anggap saya akan berkira

Itu silap

Sebelum kemarahan saya ini semakin membakar diri saya dan kau

Lebih baik saya membisu

Membisukan mulut, memekakkan telinga, membutakan mata

Terima kasih di atas anggapanmu

Saya terima

Biarlah saya berpatah arang, berkerat rotan

Hanya jauhari ynag mengenal manikam