caspercrazee78

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Bermakna.."

Friday, August 4, 2017

Hidup ini umpama gula-gula...masam, manis & kadangkala masin - Part 2

Untuk Kamu,

Hari ini aku ceritakan kisah semalam yang pernah menjadi mimpi ngeri untuk aku kenang
Cerita yang telah sekian lama menjadi rahsia yang aku simpan
Meski sebahagian telah aku ceritakan pada kamu,
Betapa aku pernah hancur kerana kamu
Betapa aku mengambil masa cuba mengukir senyum buat kamu
Sungguh benar..

"Antara yang terindah adalah kamu..wahai Matahari yang pernah singgah dalam hidup ini"

Telah aku buka rahsia ini,
Supaya kau tahu
Kerana rahsia ini
Hanya untuk aku dan kamu tahu
Kerana cerita kita pernah tergantung
Nokhtah yang panjang
Hingga kita sama-sama membuat kesimpulan sendiri

Kamu,
Ketahuilah..
Betapa hatiku menjadi lega
Bila aku telah ceritakan rahsia semalam
Sungguh kemaafan telah lama aku berikan buat kamu
Sebagaimana aku telah berusaha melepaskan kamu mencari bahagia yang kamu cari...
Kerana itulah KASIH yang aku tinggalkan untuk kamu mengertikan

Terima kasih...
3/8/2017

1 Comments:

Blogger budak kuda hitam said...

matahari ini siang dia ada siang dia xada... menyerikan hari2 benda wajib akan matahari lakukan.. tapi... dia xtahu.. sinaran dia ni boleh buat org sakit... same like us..

August 4, 2017 at 8:42 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home