caspercrazee78

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Bermakna.."

Thursday, July 4, 2013

Aku masih di sini (Part 1)

Aku masih di sini..
Masih mencari-cari arah ke mana hidup ini
Meskipun aku tau yang hidup akan mati akhirnya
Menuju kepada Maha Pencipta
Tapi kenapa jasad ini masih liat
Untuk menunaikan segala perintah-Nya..?
Sedang mulut berulang kali mengakui
"Tiada Tuhan Melainkan Allah"
Aku masih di sini..
Masih sibuk memikirkan hal-hal duniawi
Yang entah di mana penghujungnya
Apakah aku akan kekal menghabiskan sisa-sisa hidup sebegini?
Tanpa bekalan yang cukup untuk ke Padang Masyar
Terjawabkah aku soalan-soalan di Alam Barzakh nanti?
Aku masih di sini..
Masih bingung bagaimana kehidupan di hati mendepan
Tapi, masih adakah hari esok untuk aku?
Kerana mati tidak mengenal usia muda atau tua
Bersediakah aku menghadapi kematian itu?
Yang kedatangannya tidak akan lambat atau pun cepat walau sesaat
Aku masih di sini..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home