caspercrazee78

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Bermakna.."

Wednesday, August 29, 2012

::Love atau Cinta -19/4/2011::

Cinta itu indah.

Cinta itu ketawa dan menangis.

Juga pembunuh ketawa.

Cinta tanpa balasan, pahit ditelan.

Cinta yang dikhianati, luka yang pedih.

Cinta perlu pengorbanan.

Tapi apalah erti pengorbanan jika tidak dihargai dan tidak dimengerti.

Aku mungkin tewas kerana cinta.

Kerana tidak tahu mengeksperikan perasaan yang ada.

Cinta, rindu, sayang, cemburu, marah.

Untuk sekali ini, aku memilih membuang cinta ini.

Semoga dia, akan terus bahagia tanpa cinta dari aku!

:)

*Sekadar menulis semula catatan lama ke dalam blog ini. Ilham ada, tapi semuanya berduyun-duyun mau keluar. Entah mana satu yang mau di keluarkan. YAY!!

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012

Belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, hari raya tahun ne berbeza. Aku yang balik Keningau untuk sama-sama dengan keluarga. Kalau sebelum-sebelum ne, aku d KK jak. Dengan anak-anak (9 ekor kucing-kucing tersayang).

Raya yang aku banyak spent time di dalam kereta (dalam perjalanan) driving sendiri-sendiri. Syukur Alhamdulillah, sepanjang raya ne xda apa-apa yang x diingini jadi. Bila semakin meningkat dewasa ne, pengertian Hari Raya pun berbeza dengan zaman dulu-dulu.

Apa yang penting Hari Raya tu, dapat berkumpul dengan keluarga & spent time bersama. Dan bagi aku sendiri, tradisi 'ikut jak orang tua p beraya' termasuk p rumah sedara mara yang mungkin kurang dikenali..tetap diteruskan. Ini pun salah satu cara dapat spent time dengan keluarga sendiri.

Tahun ne juga, banyak jemputan-jemputan majlis kawin kawan-kawan lama. Klu xpn, ramai juga kawan-kawan yang bertunang. Orang cakap, klu jodoh sdh sampai xkan ke mana. Dan sebagai seorang kawan, aku doakan agar mereka bahagia selalu. Semoga apa juga yang diorang rancangkan di permudahkan.