caspercrazee78

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Bermakna.."

Tuesday, April 20, 2010

::20th April 2010::



Hari ini harijadi seseorang..
Dia yang teristimewa dalam hidup saya..
"Selamat Hari Jadi, Semoga Semua Yang Terindah Akan Selalu Menyinari Hidup Awak"
^_____^

Hari ini...kucing kesayangan saya Mei Mei, selamat melahirkan anak2 kucing yang sangat comel. Saya namakan anak2 Mei Mei, LOVE, FAITH & HOPE...^___^
Semoga anak2 Mei Mei yang baru lahir ini, akan memberi saya lebih sinar dalam hidup saya yang terasa sepi & hambar sejak bulan2 lepas. Insya-Allah! Love, Faith & Hope!

Untuk dia yang menyambut hari jadi pada hari ini..saya hadiahkan Love untuk awak! Faith & Hope adalah hadiah untuk saya! ^____^

Untuk seseorang yang pernah hadir dalam hidup saya, saya berharap awak adalah salah seorang yang akan berkongsi berita gembira ne. Tapi...awak dah berlalu jauh meninggalkan saya di sini. Saya selalu doakan awak akan selalu gembira..walaupun jauh di sudut hati, ada perasaan yang saya sendiri tidak mampu ungkapkan. Saya akan belajar memaafkan diri saya.

Untuk AKU..entah kenapa sehingga hari ini, sepi masih setia bertandang di dalam hati ini. Sampai bila semua ini harus saya hadapi??

Hati masih bergetar teringat kenangan semalam. Tidur2 malam tidak pernah lena seperti yang dulu2.

Untuk DIA, maafkan saya..kerana sehingga hari ini saya masih membisu. Saya masih kaku setelah semua yang terjadi. Kalau lah saya boleh, saya ingin kongsikan semua rasa ini dengan awak..tapi saya tahu, biarlah saya terus membisu. Kerana saya tak mahu melihat awak mungkin terluka lagi..

Friday, April 16, 2010

Apakah Bahagia Itu?

Kebahagiaan itu adalah keringan hati kerana kebenaran yang dihayatinya, kelapangan dada kerana prinsip yang menjadi panduan hidupnya, dan ketenangan hati kerana kebaikan di sekelilingnya.

Wednesday, April 7, 2010

rindu ini membunuhku

aku tetap di sini
masih setia seperti dulu,
menyanyi lagu-lagu yang pernah kita nyanyikan bersama
aku masih di sini
masih seperti dulu,
melihat langit yang yang pernah kita lihat bersama dulu
aku masih berdiam di sini
mengenang memori yang kita lalui bersama dulu
aku masih kekal di sini
masih setia seperti dulu,
berdiri melihat kau berlalu jauh meninggalkan aku

kau..
entah mengapa masih setia membisu
hingga aku tercari-cari jawapan yang tidak pernah kau zahirkan dari mulutmu
mau masih setia membisu
enggan menjawab semua persoalan yang tidak pernah terjawab

kau..
tahukah kau rindu ini membunuhku
mungkin tidak pada zahir yang kau lihat
atau yang mereka-mereka yang melihat zahir aku
tapi hati ini semakin mati dengan perasaan

kau..
pernah mengajar aku
jangan membunuh perasaan kasih yang ada dalam diri
mengajar ku menanam benih-benih kasih & sayang
agar membunuh perasaan benci kerana terluka

kau..
yang pernah pinta aku untuk terus setia bersama mu
saat-saat kau melalui kebahagiaan
dan saat-saat kau terjatuh..
tapi mengapa kini kau berlalu meninggalkan aku??

kau..
rindu ini semakin sesak di dada
yang kadangkala meragut kedamaian yang ada di hati
aku terkedu saat-saat kau berlalu dengan bisu
aku tahu kau mengejar cinta yang telah sekian berada di hati mu
tapi mengapa aku yang meski terluka..
lantaran cinta itu??

dunia,
aku seringkali menjadi jawapan pada semua yang terjadi
dia yang pernah bernama cinta tetap membisu
aku yang tertinggal di sini
masih di himpit kenangan semalam

seorang kawan yang pernah menjadi sahabat

terlalu indah kenangan semalam
namun terlalu pantas masa berlalu
terlalu sukar untuk melepas segalanya
dan luka pada kenangan semalam itu juga terlalu dalam..
kamu,
kehadiran kamu sebagai sahabat seperti sebuah mimpi
yang kemudian berlalu bersama masa
namun terlalu sukar
saya melepaskan kenangan semalam
ada sesuatu yang kosong yang telah kamu tinggalkan
namun apa pun yang terjadi,
saya tetap cuba melalui hidup ini
dengan setenang mungkin
dalam mencari sinar & mengejar impian...
kerana itu,
'JANJI' terakhir yang perlu saya tunaikan
buat KAMU..


*inverse: 6th december 2005

Friday, April 2, 2010

sebuah kisah dongeng..

ini sebuah kisah dongeng..kisah yang mungkin sahaja pernah ada di dalam novel..tapi katalah apa saja tentang semua ini. kerana ini adalah sebuah kisah dongeng yang pernah wujud..

pernahkah anda benar-benar jatuh cinta?

saya pernah jatuh cinta...semuanya cukup indah ketika melalui kisah cinta saya dulu.sehinggalah saya telah melakukan satu kesilapan hingga akhirnya saya telah kehilangan cinta saya...dia sahabat, dia cinta, dia senyuman, dia kekuatan, dia bahagia, dia musuh, dia melengkapi saya sepanjang saya bersama-sama dia. susah senang kami lalui bersama..cuma kami yang tahu.

saya bertemu cinta baru setelah dia pergi. setelah dia memilih untuk bersama orang lain. saya jatuh cinta..saya sangka panas sampai ke petang..rupanya hujan di tengah hari..alangkah bagusnya jika saya dapat luahkan semua yang tersimpan di dalam hati saya sekarang.

semuanya tidak seindah cerita-cerita dulu. kedua-dua cinta saya yang pernah hadir, pernah meminta saya untuk terus bersama mereka..tetapi akhirnya mereka juga yang berlalu pergi dari hidup saya..

apa yang tinggal kini dengan saya...?
hanya sebuah cerita dongeng..cinta itu memerlukan kejujuran..cinta itu memerlukan keikhlasan. cinta itu bukan hanya pada kata-kata..cinta itu bukan sekadar ucapan. cinta itu terlalu sukar untuk dimengertikan.

persahabatan? persahabatan itu memerlukan kejujuran..persahabatan itu memerlukan keikhlasan..persahabatan itu memerlukan kepercayaan..

mungkin saya diantara mereka yang tertewas dalam cinta hati saya sendiri. mungkin juga saya adalah mereka yang terlalu menghargai persahabatan sehingga saya terlupa, saya juga punyai sekeping hati. yang memerlukan seseorang untuk selalu berada bersama saya. tetapi apa yang tinggal pada saya???

saya seolah-olah tersesat di dalam perjalanan saya sendiri..hingga saya sendiri tidak tahu apakah rasa yang masih tinggal pada saya...bukan bersungut dengan apa yang telah saya lalui..tetapi ada ketika saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk mendepani hari-hari seterusnya...

mungkin mudah untuk orang lain berkata-kata...tetapi saya yang terpuruk sendiri dek rasa ini.

rasa cinta yang pernah wujud sekelip mata berubah rasa..sehingga saya sendiri gagal menafsirkan apakah perasaan ini???

seorang sahabat berkata saya cukup gagah mendepani hari-hari yang telah saya lalui sebelum ini...................................

tetapi semua rasa yang telah saya lalui..cuma saya yang mengerti..tiada lagi airmata..semuanya sepi...bisu. cuma hati saya yang tahu..