caspercrazee78

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Bermakna.."

Thursday, December 5, 2013

Hati Kayu atau Hati Batu

Dalam senyum dan ketawa,

Aku mentafsir di sebalik senyuman mu, di sebalik ketawa mu

Kadang-kadang buat aku tertanya di mana aku berada

Kawan kah?

Atau lawan kah?

Mengapa adakalanya susah untuk ditafsir apa yang terjadi

Aku selalu terdengar orang berkata

"Tiap yang terjadi ada hikmahnya"

Namun adakalanya kita sukar mencari di mana hikmahnya

Adakalanya kenyataan itu pahit untuk ditelan

Hmmm..

Adakalanya aku berdoa

Semoga hatiku menjadi seperti kayu, seperti batu

Kerana andai apa pun reaksi yang aku lihat

Aku takkan terasa apa-apa

Agar aku tidak perlu rasa sedih

Seperti sekarang

Kerana sedih ini seolah-olah membunuh aku.