caspercrazee78

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Bermakna.."

Saturday, May 22, 2010

Hari Ini..

Hari Ini..
Saya berharap semua memori tentang dia berlalu..
Saya berharap dia bahagia..
Saya harap diri ini mampu melupakan semua kenangan tentang dia
Saya berharap saya tidak perlu mengenang dia seperti hari-hari yang lalu
Saya berharap kesedihan saya tentang dia akan terhapus
Saya berharap saya tidak perlu memberatkan lagi hati saya kerana memikirkan dia
Saya berharap hati saya akan selalu tenang tanpa perlu memikirkan dia

Hari ini..
Saya berpesan pada kamu..
PERGI jauh dari hidup saya
JANGAN berkata apa-apa kerana kamu semakin menyakitkan hati saya
PERGI jauh dari saya
BIARKAN saya meneruskan kehidupan saya tanpa kamu
BIARKAN saya meneruskan kehidupan saya tanpa kenangan bersama kamu
PERGI, PERGI & PERGI!!!
JANGAN KEMBALI ATAU BERKATA APA-APA TENTANG SEMUA APA YANG PERNAH TERJADI ANTARA KITA

Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Tentang Dia,

Hurmm..
Pantasnya hari-hari yang berlalu. Semuanya seolah-olah baru semalam berlaku. Dia tinggalkan aku bersama soalan-soalan yang tidak pernah terjawab. Tetapi aku seolah-olah mula memahaminya...

"Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangan (kuasa), tetapi jika tidak berkuasa mengubahnya dengan tangan, maka ubahlah dengan lidah (nasihat) , tetapi jika tidak mampu mengubahnya, maka ubahlah (benci) dengan hati. Maka yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." ( Muttafaq Alaih).

Semoga semua kekesalan yang pernah ada akan terhapus bersama-sama masa...amin.