::20th April 2010::


Hari ini harijadi seseorang..
Dia yang teristimewa dalam hidup saya..
"Selamat Hari Jadi, Semoga Semua Yang Terindah Akan Selalu Menyinari Hidup Awak"
^_____^
Hari ini...kucing kesayangan saya Mei Mei, selamat melahirkan anak2 kucing yang sangat comel. Saya namakan anak2 Mei Mei, LOVE, FAITH & HOPE...^___^
Semoga anak2 Mei Mei yang baru lahir ini, akan memberi saya lebih sinar dalam hidup saya yang terasa sepi & hambar sejak bulan2 lepas. Insya-Allah! Love, Faith & Hope!
Untuk dia yang menyambut hari jadi pada hari ini..saya hadiahkan Love untuk awak! Faith & Hope adalah hadiah untuk saya! ^____^
Untuk seseorang yang pernah hadir dalam hidup saya, saya berharap awak adalah salah seorang yang akan berkongsi berita gembira ne. Tapi...awak dah berlalu jauh meninggalkan saya di sini. Saya selalu doakan awak akan selalu gembira..walaupun jauh di sudut hati, ada perasaan yang saya sendiri tidak mampu ungkapkan. Saya akan belajar memaafkan diri saya.
Untuk AKU..entah kenapa sehingga hari ini, sepi masih setia bertandang di dalam hati ini. Sampai bila semua ini harus saya hadapi??
Hati masih bergetar teringat kenangan semalam. Tidur2 malam tidak pernah lena seperti yang dulu2.
Untuk DIA, maafkan saya..kerana sehingga hari ini saya masih membisu. Saya masih kaku setelah semua yang terjadi. Kalau lah saya boleh, saya ingin kongsikan semua rasa ini dengan awak..tapi saya tahu, biarlah saya terus membisu. Kerana saya tak mahu melihat awak mungkin terluka lagi..