caspercrazee78

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Bermakna.."

Wednesday, March 17, 2010

hidup ini umpama gula-gula...masam, manis & kadangkala masin


"antara yang terindah adalah kamu..wahai matahari yang pernah singgah dalam hidup ini"

kamu,
untuk yang terakhir kalinya..entah bagaimana untuk aku gambarkan hati ini. terluka kerana kasih, terluka mungkin juga kerana cinta. seandai ada sesiapa yang bisa memahami gejolak dalam hati ini. akan ku ceritakan semuanya. tapi semuanya tetap tersimpan. gagal untuk aku luahkan rasa yang tinggal kini. hari ini aku melihat kamu sedang berbahagia bersama dia. tapi mengapa masih perlu ada kepura-puraan. akukah yang tidak pernah mengerti? atau kau yang tak pernah berterus-terang? ingin sekali aku bertanya..pernahkah wujud cinta antara kita? atau semua yang pernah ada antara kita cuma perasaan ku? bukan aku persoalkan keikhlasan hati kamu..cuma aku semakin tidak mengerti..apakah yang pernah terjadi pada masa-masa kita pernah bersama dulu?? kamu..matahari yang pernah wujud dalam hidup ini..aku doakan kau akan berbahagia dengan dia. berbahagia dengan apa yang kau miliki kini. aku akan berlalu pergi tinggalkan semuanya. bukan kerana kau melepaskan aku..tetapi aku lepaskan kau pergi untuk kebahagiaan kau.

aku,
sabarlah dengan semua dugaan ini. cinta ini..biarkan ia pergi. untuk kebahagiaan dia. rahsia ini, biar aku simpan.

1 Comments:

Blogger budak kuda hitam said...

This comment has been removed by the author.

December 6, 2019 at 9:03 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home