caspercrazee78

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Bermakna.."

Friday, December 26, 2008

Situations : Listening to the 100% romantic...


Saya melihat dia sedang dalam kesedihan,
Dalam kekecewaan,
Dalam kedukaan..sedang menangisi
Sebuah kisah kehilangan..
Saya tersentuh melihat diA..
Bersama niat yang ikhlas,
Saya menyapa dirinya dengan salam persahabatan
Dia senyum – walaupun senyumannya hambar
Saya kata pada dia,
Yang terjadi, biarkan berlalu ;
Yang pergi, reda lah meghadapinya ;
Yang datang, hadapilah dengan semua kekuatan ;
Dia senyum pada saya,
Sambil bertanya,
“Terima kasih atas nasihat kamu..”
Sambil mengesat air mata yang gugur..
Kini – saya masih melihat diA,
Dia kini berdiri dengan penuh keyakinan,
Mungkin kerana diA telah menanamkan semua kekuatan di dalam hatinya,
Dia terus pasrah melalui liku-liku hidupnya,
Walaupun rindu terhadap cintanya yang telah pergi selalu subur,
Dia terus tersenyum..
Tiada lagi tangisan dan airmata pada dirinya,
Seperti yang saya lihat dulu..
Kepada diA yang saya kenali-
“Setiap nasihat dan kasih sayang yang saya hulurkan pada kamU, adalah ikhlas semata-mata. Kerana saya percaya, jika kita sebagai hamba-Nya sentiasa memberi kasih sayang sesama insan..Mereka yang di atas juga, tidak pernah kedekut dengan kasih sayang kepada kita. Saya ingin melihat kamu terus cekal menghadapi kehidupan ini. Walaupun kamu sering bersedih apabila kasih sayang kamu sering diperlekehkan. Percayalah, sinar indah dan bahagia akan datang pada kamu jika kamu mampu bersabar terhadap semua perkara yang kamu tidak sukai. Sayangilah diri kamu, riwayat ini diberi kepada kita bukan sekadar untuk merenung kisah silam”.
Saya sayang diA..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home