caspercrazee78

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Bermakna.."

Sunday, March 7, 2010

kamu

hari ini,
aku tetap berada di sini
walau tanpa kamu tahu bahawa hati ini sangat terluka
kerana kamu..

kamu,
mungkin kamu tak akan pernah mengerti tentang rasa yang aku alami
rasa kasih, rasa sayang, rasa hormat..
semuanya ikhlas terhadap kamu

kamu,
mungkin saja kamu tak pernah menghargai aku
sebagaimana aku sangat menghargai kamu..

kamu,
mungkin juga kamu tak pernah menyayangi diri ini
sebagaimana rasa diri ini terhadap kamu

kamu,
mungkin saja rasa iklas tak pernah wujud dalam hati kamu
sebagaimana ikhlasnya aku terhadap kamu

kamu,
mungkin saja kamu tak mengerti tentang erti menghormati
sebagaimana rasa hormat diri ini terhadap kamu

kamu,
mungkin saja kamu masih tak mengerti tentang erti hidup
sebagaimana aku menghayatinya setiap hari

kamu,
mungkin saja kamu tak mengerti tantang erti pengorbanan
sebagaimana aku rela berkorban untuk kamu

kamu,
mungkin saja kamu tak mengerti tentang rasa keterlukaan itu
sebagaimana aku kini terluka kerana kamu..

kamu,
mungkin saja kamu terlupa bahawa hidup ini ibarat sebuah kitaran
sebagaimana hari ini kamu sangat2 menghancurkan hati ini..
sebagaimana aku cuba bangun dari kejatuhan ini

kamu,
semoga masa akan lebih mendewasakan kamu
agar kamu tahu apa makna sebuah kehidupan
tingginya nilai kasih sayang..
harga sebuah keikhlasan
erti pengorbanan dalam hidup

kamu,
berbahagialah kamu!
jika itu yang kamu inginkan
aku akan belajar ikhlas menerima semua yang terjadi
cukuplah dengan semua kepura-puraan yang selama ini kamu ceritakan pada diri ini
tentang semua kebohongan..
semoga kamu sentiasa tersenyum
dengan drama yang kamu cipta sendiri

kamu,
cukuplah sekali ini..
akan ku tinggalkan semuanya
biarkan semuanya menjadi kenangan dalam hidup ini

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home